Company Profile

My photo
MELAKA, MELAKA, Malaysia
HI CONCEPT SERVICES MA0153590 -BAIK PULIH, SELENGGARA, SERVIS SERTA MENJUAL PERALATAN ICT TERMASUK PENDAWAIAN UNTUK RANGKAIAN KOMPUTER. -WEDDING AND EVENT PHOTOGRAPHY

Saturday, December 25, 2010

Mukadimah...

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdullilah, setelah sekian lama bercita-cita untuk memulakan perniagaan sendiri, akhirnya pada 29 November 2011, Hi Concept Services telah berjaya didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Jenis perniagaan yang dijalankan ialah Baik Pulih, Selenggara, Servis serta Menjual Peralatan ICT Termasuk Pendawaian Utk Rangkaian Komputer, Wedding and Event Photography, Menjahit, Membekal Fabrik, Alat & Mesin Jahit, Menyediakan Latihan, Alat Guna Tenaga & Tenaga Pengajar Jahitan. Berdasarkan kemahiran dan pengalaman yang ditimba serta dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan, saya yakin saya mampu untuk menjalankan perniagaan ini. Untuk peringkat awal ini, saya akan menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dahulu dan jika dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t, baru laa ia beralih sebagai sumber pendapatan utama bagi saya. Insyaallah....


Blog ini diwujudkan sebagai salah satu strategi marketing untuk memperkenalkan perniagaan ini kepada umum. Seperti yang semua sedia maklum, sekarang kita berada di zaman IT dan ini merupakan medium terbaik untuk mempromosikan perniagaan ini. Selain itu juga, blog ini akan dilengkapi dengan info-info berguna yang boleh kita kongsi bersama. Segala persoalan berkaitan dengan perniagaan ini juga boleh dibincangkan di dalam blog ini.. Diharap saya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan2 saya.. Sekian, TQ

1 comment:

  1. gile kentang....
    siap ade blog sndiri...
    bgus2,smoga maju jaya dlm bisnes...
    klau dh bjaya jgn lupe daratan n mmber2...
    hahahhahaha

    ReplyDelete